Tuesday, September 27, 2016

terima hakikat...

sedih hati Cik N, bila tahu hakikat yang sebenar... memang ternyata.. Cik N bukan sesiapa pada En A...

Walau sebagai kawan... dia lebih suka berukhwahfillah dengan orang lain dari Cik N...

xpelah... itu yang dia nak... Cik N dah xnak berhubung dengan dia lagi.. walau urusan kerja atau peribadi.. xnak ada apa2 lagi...

terasa Cik N dengan dia.. sungguh terasa... dan kali ini.. Cik N tersalah jumpa lelaki lagi buat sekian kalinya...

allahurabi....

Thursday, September 22, 2016

akhirnya kembali kepada Allah

mcm pelik jew kan, tajuk yg Cik N bagi tu... bukan berkaitan kematian ye.. hanyalah bersifat kembali kepada ketentuan Yang Maha Esa..

Apa yang telah berlaku kepada kehidupan Cik N, siapa yang pernah dan sedang hadir dalam hidup Cik N, dan siapa jodoh yang sebenar-benarnya buat Cik N itu yang Cik N maksudkan akhirnya dalam kembali kepada Allah..

Mungkin Cik N terlalu mengharap, terlalu yakin yang Cik N akan mendapat apa yang Cik N inginkan sebab tu apabila Allah menguji Cik N dengan melewatkan jodoh, rezeki, menghadirkan lelaki yang bukan untuk Cik N, Cik N sangat terkesan sehinggakan kadang-kadang tidak dapat menerima kenyataan dan seakan-akan menyalahkan Allah...

sedangkan Allah hanya mahu menguji sejauh mana keimanan Cik N terhadap Allah swt dan keredhaan Cik N untuk menghadapi semua ujian ini. sedangkan Allah swt telah mengatakan setiap kesusahan/kesulitan diakhirnya ada kesenangan/kelapangan..

Cik N mengakui semua itu.. cuma Cik N ralat.. sebab kehadiran lelaki2 jahat tu.. yang hanya permainkan perasaan Cik N   sangat melukakan hati dan perasaan, mendera jiwa Cik N..

Wednesday, September 7, 2016

sama kah? sama la jgk.. samalah tu

Cik N nak kongsikan satu story...  kisah apa yang berlaku pada Cik N...

kisah nie bermula pada bulan Mac 2016.. dimana Cik N berjinak2 membuat OT di Unit lain kat jabatan Cik N bekerja..

ada seorang lelaki nie.. Cik N namakan dia Inck A... mula-mula Cik N tak kenal dia.. tp Cik N kenal kawan dia, K... kami bertiga sama2 tu negeri...

setelah Cik N OT di Unit mereka, Cik N mula kenal dia Inck A... kenal nama dia, tinggal dimana, tinggal dengan siapa dan lain2 biasa2 jew...

Inck A nie kulit dia gelap skit dari Cik N.. tak tinggi sangat, tubuh sedang2, orang yg terlalu perahsia, dan ramai yg kata Cik N dan Inck A wajah nk seiras...

jujur, Cik N Bukanlah admire Inck A sangat2, sebab Inck A tidak la memiliki ciri2 lelaki idaman ... namun ada sesuatu yg menarik perhatian Cik N terhadap dia...

andaikata.. Allah jodoh kan kami, Cik N sgt berbesar hati untuk menjadi halal buat dirinya...

namun sehingga sekarang Cik Nur xtahu apa yg Inck A rasa terhadap Cik N... nak jgk rasanya Cik N tahu perasaannya terhadap cik N. perasaan yg indah.. hanga bersama dia...